Cari:
London Tambah Polis Bersenjata
2016-08-04 15:03:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Datuk Bandar London dan ketua polis bandar itu mengumumkan bahawa kota London akan meningkatkan rondaan dengan menambah 600 anggota polis bersenjata bagi menghadapi serangan keganasan yang mungkin berlaku.

Tujuan utama anggota polis dan pengawal keselamatan meningkatkan rondaan adalah untuk memastikan keselamatan penduduk kota London sentiasa terjamin. Sejak berlakunya serangan maut di negara-negara Eropah baru-baru ini, London sepatutnya bersedia untuk menghadapi situasi di luar jangkaan.

Demikian dinyatakan Datuk Bandar London, Sadiq Khan ketika menghadiri sidang akhbar semalam.

Selepas menambah sebanyak 600 anggota, bilangan polis bersenjata di kota London kini meningkat kepada 2800 orang. Dalam tempoh 2 tahun akan datang, pasukan polis Britain akan menambah 900 polis bersenjata lagi di beberapa kawasan lain di England dan Welsh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China