Cari:
Dialog Undang-Undang China-AS di Beijing
2016-08-05 14:33:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Dialog Undang-Undang China-Amerika Syarikat (AS) yang julung-julung kali diadakan di Beijing pada 3 hingga 4 Ogos lalu telah mengangkat tema "Menyokong Reformasi Undang-Undang dan Pertumbuhan Ekonomi".

Dialog kali ini memberikan fokus kepada kehakiman, reformasi dan pertumbuhan ekonomi. Para peserta berkongsi pengalaman dan masalah serta cabaran yang dihadapi dalam kerja-kerja penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah komersial dan kes sivil.

Kedua-dua pihak sebulat suara berpendapat bahawa dialog seumpama ini bukan sahaja meningkatkan rasa saling faham memahami mengenai sistem perundangan dan amalan kehakiman, malah membantu menjalinkan hubungan kuasa besar model baharu antara China dengan AS berdasarkan rasa saling menghormati, bekerjasama dan menang-menang.

Dimaklumkan, Dialog Undang-Undang China-AS kali ke-2 dijadualkan diadakan di Washington, AS pada tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China