Cari:
Sukan Olimpik Rio Dirasmikan
2016-08-06 14:45:16 CRI Cetak

Sukan Olimpik Musim Panas ke-31 telah dirasmikan di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro Brazil pada malam 5 Ogos waktu tempatan. Pemangku Presiden Brazil, Michel Temer, Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Moon, Presiden Perancis, François Hollande, Setiausaha Negara A.S., John Kerry dan tokoh-tokoh terkemuka politik antarabangsa serta Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach telah menghadiri upacara perasmian temasya sukan tersebut. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong sebagai wakil Presiden Xi Jinping turut menyaksikan upacara tersebut.

Kira-kira 60 ribu orang memenuhi stadium itu untuk menyaksikan upacara perasmian, manakala 3 bilion orang di seluruh dunia pula menonton upacara tersebut menerusi siaran langsung TV.

Brazil sebagai tuan rumah sukan olimpik kali ini telah menghantar kontinjen yang terdiri 462 orang atlet yang merupakan paling ramai dalam sejarah.

Kontinjen China pula terdiri daripada 711 orang termasuk 416 orang atlet yang merupakan paling ramai anggota bagi sukan olimpik yang diadakan di luar negara.

Sukan Olimpik Rio merupakan kali pertama temasya sukan ini diadakan di benua Amerika Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China