Cari:
Penempatan THAAD Tidak Dapat Dielakkan
2016-08-08 13:25:09 CRI Cetak

Korea Selatan tetap bertegas dengan keputusan untuk menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di republik itu dan menyifatkan keputusan yang dibuat bersama-sama dengan Washington dan Seoul itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana tindakan mereka merupakan usaha untuk melindungi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Setiausaha Akhbar Pejabat Presiden Korea Selatan, Kim Sung-Woo semalam berkata, penempatan THAAD itu adalah untuk menghadapi ancaman senjata nuklear, senjata pemusnah dan peluru berpandu balistik Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Beliau berharap agar parti pembangkang terbesar di Korea Selatan, Minjao atau Parti Demokratik Korea (MPK) dapat menimbang semula rancangan mereka untuk mengadakan lawatan ke China.

Dimaklumkan, enam orang ahli parlimen MPK yang menolak penempatan sistem pertahanan canggih AS itu akan melawat ke China untuk membincangkan isu hubungan kedua-dua negara bermula pada 8 hingga 10 Ogos ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China