Cari:
Perhimpunan Bantah Pemberontakan di Turki
2016-08-08 12:51:44 CRI Cetak

Parti-parti utama di Turki mengadakan perhimpunan di Istanbul semalam bagi menyatakan bantahan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera pada bulan lalu.

Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan disertai oleh Pengerusi Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) merangkap Perdana Menteri, Binali Yildirim serta pemimpin dua parti pembangkang.

Menurut Erdogan, hasil perpaduan rakyat Turki, musuh Turki telah menghadapi pelbagai kesukaran. Menjelang tahun 2023, Turki bakal mencapai matlamat untuk merayakan penubuhan negaranya yang genap 100 tahun.

Yildirim mengucapkan terima kasih kepada pemimpin parti pembangkang. Menurut beliau, parti pemerintah akan berusaha untuk memelihara perpaduan bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China