Cari:
Menteri Luar Rusia dan AS Bincang Situasi Syria
2016-08-17 15:01:12 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), John Kerry melalui telefon semalam, membincangkan situasi Syria.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan tentang situasi semasa di Syria dan berbincang tentang keadaan kawasan perang di Aleppo.

Pada ketika ini, tentera kerajaan Syria sedang melaksanakan operasi kemanusiaan berskala besar di kawasan tersebut dengan sokongan Rusia.

Selain itu, mereka juga telah memperincikan kaedah pelaksanaan perjanjian kerjasama membanteras militan bagi melindungi gencatan senjata di Syria yang telah dicapai oleh kedua-dua negara semasa lawatan Kerry ke Rusia pada 15 Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China