Cari:
Tentera DPRK Siap Siaga Hadapi Serangan
2016-08-22 12:06:02 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengutuk latihan ketenteraan besar-besaran antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat (AS), dan berazam akan membalas dendam dengan apa-apa jua cara hingga semua musuh berjaya dihapuskan.

Jurucakap Turus Am Angkatan Tentera Rakyat Korea Utara (KPA) dalam satu kenyataan berkata, latihan bersama "Ulchi Freedom Guardian" yang bermula hari ini telah menyebabkan Pyongyang menjadi mangsa penindasan tentera yang didalangi oleh Korea Selatan dan AS.

Menurut jurucakap itu, KPA telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ancaman, provokasi atau serangan sama ada di kawasan darat, udara mahupun laut, sekali gus terus berusaha menajamkan "pedang nuklear" bagi mematahkan serangan musuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China