Cari:
China Kekal Menyumbang kepada Pemulihan Ekonomi Dunia
2016-08-23 14:26:17 CRI Cetak

Sempena Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou China pada minggu depan, prestasi ekonomi China semakin menarik perhatian sektor ekonomi sejagat.

Memandangkan situasi pertumbuhan ekonomi China sekarang, ramai pakar dan institusi negara lain menganggap bahawa walaupun data ekonomi jangka pendek China sering bergerak turun dan naik, namun keadaan pembaharuan, perkembangan dan kestabilan di negara ini tidak akan berubah. Ekonomi China akan kekal berprestasi baik dan tetap dianggap sebagai penyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

Menurut data-data yang diumumkan baru-baru ini, beberapa data ekonomi China lebih rendah daripada unjuran pada bulan Julai. Hal ini mencerminkan sektor utama China termasuk pengeluaran industri, penggunaan dan pelaburan bergerak perlahan. Sehubungan itu, seorang sarjana Jepun memberitahu wartawan bahawa China sedang mengalami transformasi, ekonomi pula telah berkembang ke tahap yang tertentu, maka peningkatan data ekonomi nescaya akan mengalami tempoh bergerak perlahan.

Sama seperti pandangan pakar Jepun tersebut, beberapa institusi asing juga menganggap bahawa perkembangan ekonomi China tidak boleh hanya diperhati berdasarkan data-data, sebaliknya perlu memahami perubahan dalaman negara ini pada beberapa tahun yang lalu.

Menurut laporan pasaran yang dikeluarkan

Goldman Sachs pada minggu lalu, perubahan jenis dan kuantiti barangan import dan eksport China menunjukkan trend peningkatan kedudukan negara ini dalam "rantaian nilai" ekonomi global. Hal ini juga membuktikan usaha transformasi China amat berkesan. Berdasarkan keadaan perubahan barangan import dan eksport China dalam sedekad yang lalu, laporan Goldman Sachs itu berpendapat, transformasi ekonomi China daripada "ekonomi lama" yang mengutamakan pelaburan, pembuatan dan pengeksportan kepada "ekonomi baharu" yang berorentasikan penggunaan dan industri perkhidmatan telah mendapat kesan yang ketara.

Ekonomi China yang diterajui inovasi dan pertumbuhan endogen juga menarik perhatian dan pujian institusi berwibawa tersebut.

Dalam Laporan Indeks Inovasi Sejagat 2016 (GII) yang dikeluarkan minggu lalu, kedudukan China naik empat tangga berbanding tahun 2015, buat pertama kali disenaraikan sebagai 25 entiti ekonomi paling berdaya saing mempunyai kekuatan dalam inovasi di dunia. Menurut laporan itu, China menduduki tempat ke-17 dalam indeks "kualiti inovasi". Kemajuan China tersebut menggambarkan prestasi inovasi China terus disempurnakan.

Selain itu, beberapa institusi antarabangsa juga membuat unjuran yang optimistik terhadap ekonomi China dalam jangka pendek. Perkhidmatan Pelabur Moody baru-baru ini telah meningkatkan unjurannya terhadap ekonomi China pada tahun 2016 dan 2017 kepada 6.6% dan 6.3%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China