Cari:
PM Rusia: Larangan Sertai Sukan Paralimpik Keterlaluan
2016-08-24 11:32:32 CRI Cetak

Perdana Menteri Rusia, Igor Medvedev berkata, keputusan melarang atlet Rusia menyertai Sukan Paralimpik Rio 2016 merupakan tindakan yang keterlaluan.

PM Rusia itu dalam kenyataan yang dibuat menerusi media sosial semalam berkata, usaha-usaha untuk mengawal dan mencegah penggunaan doping perlu giat dilaksanakan dalam arena sukan.

Namun, tindakan tersebut perlu dilaksanakan berdasarkan bukti yang cukup, yang diperoleh melalui kaedah yang sah.

Beliau yakin, 80 peratus daripada hasil siasatan kes doping di Rusia dipengaruhi oleh faktor politik.

Terdapat segelintir pertubuhan sukan antarabangsa kini hampir lumpuh setelah diperalat oleh Amerika Syarikat (AS).

Rusia mungkin digantung daripada menyertai Sukan Paralimpik Rio berikutan Mahkamah Timbang Tara Suka (CAS) menolak rayuan Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC) semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China