Cari:
DPRK Lancar Ujian Peluru Berpandu dari Kapal Selam
2016-08-25 16:09:32 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mendakwa berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik dari kapal selam hari ini.

Menurut laporan Agensi Berita Sentral DPRK, pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un yang turut menyaksikan pelancaran peluru berpandu itu berkata, ancaman nuklear Amerika Syarikat (AS) hanya akan meningkatkan kemampuan dan penguasaan DPRK dalam serangan nuklear.

Sehari sebelum itu, kira-kira 8,000 rakyat Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di bandar Gimcheon, bagi membantah penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitut Tinggi (THAAD) di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China