Cari:
Turki Ikrar Perangi Keganasan
2016-08-27 15:54:32 CRI Cetak

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim menzahirkan ikrar untuk memperhebat kempen memerangi keganasan, selepas wilayah Sirnak, tenggara negara itu digegarkan serangan bom yang dipercayai didalangi kumpulan militan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov di Istanbul semalam, Yildirim berkata Turki berupaya mengatasi segala kesukaran, sambil menegaskan tiada mana-mana kumpulan pengganas dapat mengancam Turki.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 11 anggota polis Turki terbunuh, manakala 78 yang lain ce­dera dalam serangan bom di luar ibu pejabat polis di Cizre semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China