Cari:
China Sedia Perkasa Kerjasama dengan PBB
2016-08-27 16:26:03 CRI Cetak

China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai bidang, di samping berusaha membentuk hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama menang-menang.

Demikian dinyatakan oleh ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dalam pertemuan dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-71, Peter Thomson di Beijing semalam.

Yang dalam pertemuan itu berkata, China mengutamakan kewibawaan dan peranan PBB dalam urusan antarabagnsa dan akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh persepakatan yagn dicapai dalam sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-70 penubuhan PBB.

Tambah beliau, Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di Hangzhou. Sebagai pengerusi bergilir G20, China bersedia meningkatkan koordinasi dengan semua pihak bagi menjayakan persidangan tersebut.

Peter Thomson pula memberikan penghargaan yang tinggi terhadap peranan penting dan konstruktif China dalam isu-isu global.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China