Cari:
China Kecam Ucapan Shinzo Abe mengenai "Kebebasan Pelayaran"
2016-08-29 16:17:53 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Zhang Ming semalam telah mengecam ucapan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengenai kebebasan pelayaran yang disampaikannya dalam Sidang Kemuncak Jepun-Afrika ke-6.

Dalam majlis perasmian sidang tersebut di Nairobi, Kenya kelmarin, Abe berkata, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik telah menghubungkan Asia dengan Afrika, maka Jepun bertanggungjawab untuk menggalakkan kedua-dua kawasan perairan itu berkembang menjadi kawasan "bebas pelayaran dan ditadbir urus berdasarkan undang-undang".

Sehubungan dengan itu, Naib Menteri Luar China, Zhang Ming yang diundang menghadiri majlis itu memberitahu wartawan bahawa jumlah perdagangan China-Afrika pada tahun 2015 mencatat USD180 bilion dan kebanyakan perdagangan itu bergantung pada pengangkutan laut yang melalui Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Selain itu, perdagangan China dengan Asia Barat dan Eropah juga menggunakan laluan tersebut. Kebebasan pelayaran di kawasan perairan itu tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China