Cari:
"Ratu Pakaian Kait " Meninggal Dunia
2016-09-01 14:13:55 CRI Cetak

Pereka fesyen Perancis, Sonia Rykiel, yang dikenali sebagai "Ratu Pakaian Kait" meninggal dunia pada usia 86 tahun baru-baru ini selepas meghidap Parkinson.

Rykiel, pereka fesyen ternama dalam industri ini selama setengah abad, melancarkan jenamanya sendiri pada tahun 1968.

Beliau dikenali dengan pakaian Poor Boy Sweater, dimana pada mulanya mendapat tentangan kerana jahitan besar.

Semua itu berubah pada bulan Disember 1963 apabila majalah Elle memaparkan idola pop Perancis, Francois Hardy di kulit hadapannya dengan memakai pakaian rekaan Rykiel.

Susulan itu, selebriti seperti Brigitte Bardot dan Sylvie Vartan dilihat memakai jaket rekaan Rykiel dan Audrey Hepburn membeli lima pasang di kedai.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China