Cari:
Pertemuan Menteri Luar G20 Berhasil
2016-09-05 11:34:13 CRI Cetak

Menteri-menteri Luar Kumpulan 20 (G20) mencapai persepakatan mengenai isu-isu utama yang perlu diberi perhatian bersama, seperti usaha memerangi keganasan, isu pelarian, perubahan iklim, pembangunan mampan dan lain-lain, pada majlis makan tengah hari sempena Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou, semalam.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Hua berkata, jamuan yang dipengerusikan Menteri Luar China, Wang Yi itu diserikan dengan kehadiran menteri luar dari lebih 10 buah negara, antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Rusia, Korea Selatan, Afrika Selatan dan Mexico.

Semasa jamuan tersebut, Wang Yi berkata, dalam menghadapi arus globalisasi, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kesedaran mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib dan menggembleng tenaga untuk menjalin hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China