Cari:
Ikrar Beijing, Seoul Pelihara Kestabilan Rantau
2016-09-05 15:53:31 CRI Cetak

Rasa saling mempercayai antara Beijing dengan Seoul dalam politik sepatutnya dihargai, selain asas kerjasama yang terjalin sejak sekian lama harus dikekalkan.

Gesaan itu dibuat Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Geun-hye sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 di Hangzhou, China, semalam.

Xi berharap agar kedua-dua negara dapat menangani cabaran dan kesukaran bagi memastikan hubungan bilateral terus berada di landasan yang betul.

Sepanjang pertemuan itu, Xi telah mengulangi pendirian Beijing berhubung dengan isu Semenanjung Korea, iaitu China berazam untuk membebaskan semenanjung itu daripada senjata nuklear, sekali gus menolak tindakan Pentagon menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

Beliau menggesa pihak-pihak terbabit agar menyelesaikan isu tersebut secara baik dengan mengambil kira pandangan China.

Dalam pada itu, Park berjanji bahawa beliau akan mengekalkan komunikasi dengan China berhubung dengan isu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China