Cari:
Sidang Kemuncak B20 di Hangzhou Buahkan Hasil
2016-09-05 14:52:55 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Bisnis Kumpulan 20 (B20) melabuhkan tirainya di Hangzhou semalam.

Pengerusi sidang kali ini merangkap Pengerusi Majlis Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Jiang Zengwei berkata, sidang kemuncak tersebut telah membuahkan hasil, di samping mencapai pelbagai konsensus.

Laporan Cadangan Dasar B20 tahun 2016 yang dikeluarkan dalam sidang kemuncak kali ini telah mengemukakan 20 cadangan dan 76 langkah khusus mengenai kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, infrastruktur, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), isu buruh dan antirasuah.

Menurut para peserta, ekonomi sejagat sedang menghadapi risiko kemerosotan dan ketidakpastian.

Masyarakat antarabangsa perlu menginovasi trend pertumbuhan ekonomi, melaksanakan projek-projek inovasi, menentang sebarang bentuk amalan perlindungan dan menyokong pembangunan PKS bagi menggalakkan pembangunan ekonomi global yang sihat dan mampan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China