Cari:
Hasil Sidang Kemuncak G20 Diiktiraf Pakar
2016-09-06 15:36:11 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 yang baru melabuhkan tirainya di Hangzhou diibaratkan sebagai batu asas yang kukuh bagi kemakmuran ekonomi dunia.

Ketua Pegawai Operasi (COO) dari Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Izuru Kobayashi menyatakan bahawa ekonomi dunia pada ketika ini memerlukan pertumbuhan yang inklusif kerana masih wujud ketidakseimbangan antara keupayaan kerajaan dalam memajukan pembangunan dengan tahap pertumbuhan ekonomi.

Oleh sebab terdapat segelintir kerajaan tidak berkemampuan untuk membiayai projek prasarana, maka mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada China untuk mengutarakan jalan penyelesaian semasa sidang tersebut.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai menganggap, komuniti berkongsi nasib bagi Asia adalah menikmati kemakmuran bersama-sama.

Hanya dengan menjalinkan kerjasama dalam suasana yang harmoni, barulah Asia dapat mewujudkan pembangunan.

Beliau menyifatkan "Cadangan China" yang disyorkan Presiden Xi Jinping sebagai teras bagi komuniti tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China