Cari:
Konflik Kekerasan di Syria Berkurangan
2016-09-14 14:34:44 CRI Cetak

Konflik kekerasan di Syria dilaporkan berkurangan sejak perjanjian gencatan senjata baharu dikuatkuasakan di negara itu semalam.

Demikian dinyatakan Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura.

Dalam sidang media di Geneva semalam, Staffan de Mistura menyatakan bahawa berbanding dengan hari sebelum perjanjian tersebut berkuatkuasa, situasi keselamatan di Syria banyak berubah.

Selain pertempuran masih tercetus di beberapa tempat, kebanyakan kawasan bandar dan luar bandar termasuk Aleppo berada dalam keadaan terkawal.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov telah mencapai persepakatan mengenai perjanjian gencatan senjata di Syria pada 10 September lalu. Perjanjian berkenaan mula berkuatkuasa pada pukul 7.00 malam kelmarin waktu tempatan.

Sekiranya perjanjian itu dapat dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari, AS dan Rusia akan meningkatkan kerjasama ketenteraan di Syria dengan menggubal strategi untuk sama-sama memerangi kumpulan militan di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China