Cari:
AS-Israel Capai Perjanjian Bantuan Ketenteraan
2016-09-14 12:42:56 CRI Cetak

Menurut kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), pihaknya dan kerajaan Israel telah mencapai perjanjian bantuan ketenteraan bagi tahun fiskal 2019-2028.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak mendedahkan kandungan perjanjian itu, hanya menyebut perjanjian tersebut merupakan bantuan ketenteraan dua hala yang berjumlah paling besar dalam sejarah AS.

Menurut laporan media AS, Israel akan memperoleh bantuan sebanyak USD3.8 bilion setahun.

Memorandum persefahaman (MoU) mengenai perjanjian itu akan ditandatangani oleh kedua-dua negara di Washington pada 14 September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China