Cari:
Sidang Ke-6 Wakil Peringkat Tinggi Hal Ehwal Keselamatan BRICKS Diadakan
2016-09-16 14:24:44 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi telah menghadiri Sidang ke-6 Wakil Peringkat Tinggi Hal Ehwal Keselamatan Negara-Negara BRICKS di New Delhi, India semalam.

Sidang ini ialah persiapan politik bagi pertemuan kali ke-8 pemimpin negara BRICKS yang bakal diadakan di Goa India pada bulan Oktober nanti.

Para peserta telah bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu keselamatan siber, keselamatan sumber tenaga, antikeganasan, situasi di Asia Barat, Afrika Utara, dan Timur Tengah serta mencapai konsensus yang meluas dalam kerjasama negara BRICKS.

Perdana Menteri India, Narendra Modi telah bertemu dengan wakil-wakil peringkat tinggi hal ehwal keselamatan pelbagai negara.

Beliau berkata, negara-negara BRICKS telah memainkan peranan membina yang kian penting dalam hal ehwal antarabangsa. India mengambil berat mekanisme kerjasama ini dan berharap pertemuan Goa nanti boleh mencapai hasil yang pragmatik supaya terus memperkukuh hubungan persahabtan antara lima buah negara BRICKS dan meningkatkan pengaruh negara membangun dan negara pasaran baru muncul di arena antarabangsa.

Yang Jiechi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa pemimpin negara-negara BRICKS telah mengadakan pertemuan tidak rasmi sempena Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou baru-baru ini dan telah mencapai konsensus yang penting bagi terus mendorong kerjasama BRICKS. China bersedia terus berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk mendorong pertemuan Goa nanti mencapai hasil dan menyuntuk kedinamikan yang baharu bagi kerjasama BRICKS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China