Cari:
"Menteri Maklumat" IS Disahkan Terbunuh dalam Serangan AS
2016-09-17 14:29:57 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), "Menteri Maklumat" kumpulan ekstremis Negara Islam (IS), Waayeel telah terbunuh dalam serangan udara tentera bersekutu yang diketuai AS baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Peter Cook dalam satu kenyataan berkata, Waayeel merupakan anggota pringkat tinggi IS dan ada hubungan rapat dengan bekas jurucakap IS, Abu Mohammed al-Adnani.

Menurut laporan ABC, seorang pegawai AS yang enggan didedahkan namanya memberitahu bahawa Waayeel dipercayai pemimpin nombor tiga IS yang mampu berhubung dengan pemimpin pertama IS iaitu Abu Bakr al-Baghdadi melalui saluran khas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China