Cari:
DPRK Umum Kejayaan Ujian Enjin Roket Baharu
2016-09-20 14:22:26 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) hari ini, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah berjaya menjalankan ujian enjin roket berkuasa tinggi baharu pembawa satelit di Stesen Pelancaran Satelit Sohae baru-baru ini, dengan diselia oleh pemimpin tertinggi Kim Jong-un.

Enjin itu akan memberikan keupayaan kepada DPRK untuk melancarkan pelbagai jenis satelit, antaranya termasuklah satelit pemerhati bumi di peringkat dunia.

Kim Jong-un berkata, Institut Kajian Aeroangkasa Korea perlu mencipta dan melancarkan lebih banyak satelit dengan tujuan yang berbeza-beza untuk menjadikan negara itu "pemilik satelit geopegun" dalam beberapa tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China