Cari:
Perdebatan Umum UNGA Bermula
2016-09-21 12:04:17 CRI Cetak

Sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 bermula di New York semalam.

Perdebatan yang akan berlangsung hingga 26 September nanti bakal dihadiri lebih 140 pemimpin dan pegawai kanan dari pelbagai negara.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semasa menyampaikan ucapan berkata, masyarakat antarabangsa sedang melakukan sedaya mungkin untuk merealisasikan matlamat Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Kini, sudah terdapat lebih 50 buah negara yang turut memasukkan agenda tersebut dalam rancangan pembangunan negara masing-masing.

Di samping itu, beliau turut menggesa negara-negara terbabit supaya segera meratifikasi Perjanjian Paris agar perjanjian bagi menangani perubahan iklim itu dapat dikuatkuasakan menjelang akhir tahun ini. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China