Cari:
DPRK akan Ambil Tindakan Tangani Ancaman AS
2016-09-22 13:15:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengecam Amerika Syarikat (AS) dan negara sekutunya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa mengenai usaha pembangunan senjata nuklear DPRK yang bertujuan untuk mempertahankan diri.

DPRK mendakwa akan mengambil tindakan bagi mengatasi ancaman AS tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar DPRK mengutuk kenyataan Setiausaha Negara AS, John Kerry yang menyifatkan pembangunan senjata nuklear DPRK sebagai tindakan provokasi dan berbahaya, semasa pertemuan dengan Menteri Luar Jepun dan Korea Selatan di New York Ahad lalu.

Jurucakap itu turut mendakwa AS sengaja mengkontroversikan isu hak asasi manusia bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan DPRK selepas mendapati sekatan ekonomi dan ancaman ketenteraan tidak berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China