Cari:
PBB Kutuk Serangan Udara di Yaman
2016-09-23 15:34:24 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi ke atas bandar pelabuhan Yaman, Hudaydah hingga mengakibatkan kecederaan dan kematian orang awam.

PBB mendesak pelbagai pihak supaya menghentikan permusuhan.

Demikian kenyataan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melalui jurucakapnya semalam.

Dalam kenyataan tersebut, Ban menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menamatkan konflik tersebut adalah dengan penyelesaian politik, iaitu melalui rundingan damai.

Pegawai dari kerajaan Yaman semalam berkata, sekurang-kurangnya 35 orang awam terbunuh, manakala 73 lagi dilaporkan cedera dalam serangan udara terbaharu yang dilancarkan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi di Yaman lewat petang semalam.

Mangsa-mangsa yang terlibat kebanyakannya adalah kaun wanita dan kanak-kanak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China