Cari:
Thailand Negara Tetamu SCITE ke-3
2016-09-23 14:01:17 CRI Cetak

Ekspo Pelancongan Antarabangsa Sichuan (SCITE) ke-3 membuka tirainya di kota Emeishan, bandar Leshan, provinsi Sichuan pada 23 September.

Thailand dan kota Emeishan masing-masing dipilih sebagai negara tetamu dan bandar tema dalam ekspo kali ini.

Balai pameran bandar Chengdu, provinsi Sichuan, China

Inilah kali pertama negara tetamu ditetapkan semasa SCITE, di samping mengadakan aktiviti minggu promosi bandar tema. Negara tetamu dan bandar tema berpeluang mempromosi imej mereka melalui platform dan sumber yang disediakan oleh SCITE. Pada masa yang sama, jawatankuasa penganjur ekspo juga dapat memperluas pengaruh ekspo dengan mengambil peluang siri aktiviti yang diadakan oleh negara tetamu dan bandar tema bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pelbagai peserta terlibat.

Sichuan bukan sahaja merupakan destinasi pelancongan tradisional bagi para pelancong dari Thailand, malah juga salah satu tempat sumber pelancong asing bagi Thailand. Difahamkan, jumlah pelancong Sichuan yang mengunjungi Thailand mencatat 434.7 ribu orang pada tahun 2015, iaitu meningkat 47.85% berbanding tahun sebelumnya. Thailand telah menjadi destinasi pilihan utama bagi para pelancong Sichuan untuk perjalannan ke luar negara sejak beberapa tahun lalu.

Konsul Jeneral Thailand ke Chengdu, Puan Phantipha Iamsudha Ekarohit memaklumkan bahawa Thailand amat mementingkan kerjasama pelancongan dengan provinsi Sichuan.

Beliau berkata, SCITE yang telah berjaya diadakan dua kali sejak tahun 2014, mempunyai pengaruh yang meluas dalam kalangan industri pelancongan. Dalam pada itu, Thailand berharap meningkatkan kerjasama pelancongan dengan Sichuan melalui platform SCITE tersebut.

Sempena tempoh SCITE ke-2 pada tahun lalu, jurujual pakej pelancongan dari wilayah Prachuab Khiri Khan, Thailand telah menyertai perundingan perdagangan satu ke satu dan bersama-sama dengan agensi-agensi pelancongan bandar Leshan, Sichuan untuk menandatangani program pertukaran lawatan antara penduduk bandar Leshan dengan penduduk Prachuab Khiri Khan. Kerjasama pelancongan antarta Prachuab Khiri Khan dengan Leshan semakin erat selepas program ini dimulakan pada bulan April tahun ini.

Balai pameran Korea Selatan

Balai pameran Mongolia Dalam China

SCITE buat julung kalinya mengadakan aktiviti negara tetamu sempena ekspo pada tahun ini. Selaku negara tetamu bagi tahun ini, delegasi perusahaan pelancongan Thailand yang diketuai oleh Menteri Pelancongan dan Sukan, akan menyertai ekspo tahun ini. Hampir seratus syarikat dari Pattaya, Phuket, Krabi, Koh Chang dan Koh Samui turut menyertai pameran ekspo kali ini.

Sidang promosi dan rundingan mengenai pelancongan Thailand juga akan diadakan di Pavilion Imej Thailand sempena aktiviti negara tetamu dalam SCITE kali ini. Selain itu, minggu adat resam dan minggu juadah enak Thailand turut akan diadakan pada masa itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China