Cari:
PM Li Temui Canel di Cuba
2016-09-25 15:31:28 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Naib Pengerusi Pertama Majlis Negara Cuba, yang juga Naib Pengerusi Pertama Majlis Menteri-Menteri Cuba, Mario Diaz-Canel Bermudez di lapangan terbang, Havana petang semalam waktu tempatan.

Li menyatakan, China dan Cuba mempunyai persahabatan tradisional yang kukuh dan tradisi saling mempercayai dari segi politik. Kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang sedang dilaksanakan dengan menyeluruh. Li berharap agar bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin Cuba untuk mendorong perkembangan hubungan dan kerjasama Beijing-Havana demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Diaz menyatakan, lawatan PM Li kali ini mempunyai pengaruh signifikan dalam sejarah perkembangan hubungan bilateral yang dilihat akan menghadapi masa depan yang lebih indah. Kini, Cuba yang sedang mendorong pelaksanaan transformasi ekonomi menantikan China terus tidak ketinggalan dalam menyertai pembangunan sosioekonomi di negaranya. Semoga Li menjayakan lawatannya di Cuba.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China