Cari:
Mesyuarat Tergempar UNSC mengenai Situasi Syria
2016-09-26 13:32:10 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar pagi semalam untuk membincangkan konflik yang semakin meruncing di Aleppo, utara Syria baru-baru ini.

Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura telah memaklumkan situasi di Aleppo dan menyatakan bahawa konflik itu telah banyak merosakkan bantuan kemanusiaan PBB dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya kelmarin berkata, beliau terkejut melihat situasi di Aleppo dan menyifatkan Aleppo sedang menghadapi serangan bom yang paling dahsyat, selain dijalankan dalam tempoh masa yang paling panjang sejak konflik di Syria tercetus.

Aleppo adalah pusat komersial Syria dan juga bandar terbesar di negara itu. Tentera kerajaan telah mengawal kawasan barat bandar itu, manakala kawasan timur dikawal oleh pembangkang dan puak pelampau. Baru-baru ini, kekuatan tentera kerajaan Syria semakin meningkat dan mula memperhebat serangan di kawasan yang dikawal oleh pembangkang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China