Pihak polis di Cheshire, barat laut England digemparkan dengan panggilan kecemasan daripada orang ramai yang melihat pasangan zombie berlumuran darah di sebatang jalan raya di bandar berkenaan, minggu lalu.
Namun, apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki dan wanita terbabit hanyalah pelakon "zombie" yang dalam perjalanan pulang setelah selesai menjalani penggambaran drama dan tidak sempat untuk membersihkan solekan mereka.
Steve Lowe, 60, dan Diane Holden adalah pelakon tambahan siri komedi dalam talian Dead Town yang menjalani penggambaran di sini.
Menurut Lowe, insiden selama 15 minit tersebut menjadikan mereka terkenal apabila akhbar tempatan dan internet menyiarkan detik-detik yang melucukan itu.
(sumber Utusan Malaysia)