Cari:
China Duduki Tempat ke-28 dalam Senarai Daya Saing Global
2016-09-28 15:28:54 CRI Cetak

Menurut Laporan Daya Saing Global 2016-2017 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia hari ini, China menduduki tempat ke-28 dalam senarai daya saing global bagi tiga tahun berturut-turut dan mendahului negara BRICS yang lain. Manakala, Swiss menduduki tempat pertama selama lapan tahun berturut-turut. Singapura dan Amerika Syarikat masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Susunan bagi tempat keempat hingga kesepuluh masih sama seperti tahun lalu, iaitu Belanda, Jerman, Sweden, Britain, Jepun, Hong Kong dan Finland.

Menurut laporan tersebut, China mendapat mata tertinggi dalam saiz pasaran, persekitaran ekonomi makro, kesihatan dan pendidikan peringkat rendah, namun timbul beberapa masalah besar di China, antaranya termasuklah persekitaran pembiayaan, kestabilan dasar, kerenah birokrasi dan tahap kecekapan yang rendah, inflasi dan rasuah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China