Cari:
China, Rusia Bincang Isu Nuklear Semenanjung Korea
2016-09-29 11:13:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat berhubung dengan isu nuklear Semenanjung Korea di Moscow pada 28 September lalu.

China dan Rusia bersependapat bahawa situasi di Semenanjung Korea menjadi semakin rumit. Kedua-dua pihak membantah tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melakukan ujian nuklear sekali lagi. Kedua-dua negara tetap komited untuk membebaskan semenanjung tersebut daripada senjata nuklear.

China dan Rusia menyatakan bahawa kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut perlu dipelihara dengan bersungguh-sungguh, mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali mengambil tindakan yang akan memburukkan lagi situasi di semenanjung tersebut. Kedua-dua pihak akan terus mendorong usaha pemulihan dialog dan rundingan enam pihak, di samping mencari jalan penyelesaian bagi isu Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China