Cari:
Gaun Pengantin RM1.3 Juta
2016-09-30 14:11:38 CRI Cetak

Sehelai gaun pengantin berharga 242,000 pound (RM1.3 juta) yang dipakai oleh anak pe­rempuan hartawan minyak Republik Chechnya, Elina Bazhaeva menjadi tumpuan para tetamu pada majlis perkahwinannya di Monaco baru-baru ini.

Gaun yang direka oleh pereka fesyen Lubnan, Zuhair Murad itu dikatakan dihiasi dengan berjuta-juta batu kristal, manik dan renda.

Elina, 21, berkahwin dengan usahawan, Bek Ali Khan Mamakaev, 25, yang juga pemilik empayar Alikhan Mamakaev, syarikat induk kumpulan Kewangan Dorchester dan Alima Cosme­tics serta memiliki bersama beberapa syarikat bapanya.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China