Cari:
China: BRICS Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Ekonomi Global
2016-09-30 13:48:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Negara anggota BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) merupakan enjin utama bagi pertumbuhan ekonomi global. BRICS diharap dapat memberikan sumbangan untuk menggalakkan reformasi sistem pengurusan global pada ketika ini.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bahawa prestasi pertumbuhan ekonomi China dan India lebih baik jika dibandingkan dengan negara anggota BRICS yang lain. Pertumbuhan ekonomi China dijangka akan kekal kira-kira 6 peratus pada tahun ini, manakala pertumbuhan ekonomi India dijangka akan melebihi 7 peratus. Selain itu, ekonomi Brazil dan Rusia juga sudah mula menunjukkan pemulihan pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, Geng Shuang berkata, negara anggota BRICS masih berpotensi besar dan mempunyai prospek yang cerah pada masa depan, walaupun pemulihan ekonomi masih perlahan dan mempunyai unsur ketidakseimbangan di dunia pada masa sekarang. Dalam konteks ini, BRICS diyakini dapat memacu pertumbuhan ekonomi dunia pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China