Cari:
AS Komited untuk Intensifkan Hubungan Bilateral dengan China
2016-10-01 14:42:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerjasama antara Amerika Syarikat (AS) dan China bermanfaat bagi rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia. AS masih komited untuk mengintensifkan hubungan bilateral dengan China.

Setiauaha Negara AS, John Kerry menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada China sempena ulang tahun ke-67 tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC) pada 30 Septermber lalu.

Kerry berkata, AS mengalu-alukan pembangunan China secara stabil, damai dan makmur di samping memainkan peranan membina dalam hal-ehwal antarabangsa.

Melalui Kerjasama, AS dan China menerajui dunia dalam mengatasi dan menangani perubahan iklim serta ancaman daripada sektor kesihatan global.

Tambah beliau, hubungan kerjasama AS dan China telah melibatkan pelbagai bidang pada ketika ini. Kerajaan kedua-dua negara mengamalkan dasar-dasar yang berpandangan jauh dan pragmatik agar interaksi dua hala dapat dipertingkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China