Cari:
Nama Dalang MH17 Disahkan Hujung Tahun Ini
2016-10-02 16:38:51 CRI Cetak

Menteri Luar Australia, Julie Bishop menyatakan bahawa nama-nama mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014 akan disahkan hujung tahun ini.

Bishop yang dalam temu bual dengan stesen penyiaran Australia, ABC di Sydney, hari ini memberitahu, menjelang hujung tahun ini atau tahun depan, senarai nama mereka yang dipercayai bertanggungjawab akan disahkan dan kemudian mesti ada pendakwaan.

Pada Rabu lalu, pasukan penyiasat antarabangsa memaklumkan pesawat penumpang itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia dari kawasan perkampungan anggota pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China