Cari:
Rusia Lebih Terdedah kepada Ancaman
2016-10-10 14:18:52 CRI Cetak

Rusia menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) sebagai amat agresif kerana menyebabkan kepentingan dan keselamatan negara Rusia terdedah kepada ancaman.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Sergei Lavrov ketika ditemu bual dalam rancangan 1TV Rusia baru-baru ini.

Lavrov berkata, hubungan antara Rusia dengan AS memang sudah banyak berubah semenjak Washington mengamalkan dasar luar yang membenci Moscow.

Negara itu bukan sahaja melemparkan perkataan yang berbaur kebencian, malah melakukan tindakan yang agresif terhadap Rusia hingga menjejaskan kepentingan dan keselamatan Moscow.

Meskipun AS sentiasa mahu bertelagah, namun Rusia tetap bersabar selepas membuat pertimbangan dari segi strategi.

Tambah Menteri Luar itu lagi, sejurus selepas pelaksanaan langkah-langkah agresif AS, pemimpin-pemimpin Barat turut menunjukkan sikap yang semakin pasif terhadap Rusia , malah mengeluarkan kenyataan yang menghina Presiden Vladimir Putin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China