Cari:
China Utamakan Inovasi dan Keselamatan Internet
2016-10-10 14:58:17 CRI Cetak

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan sesi pelajaran mengenai pelaksanaan strategi pembinaan negara yang kuat dalam Internet. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyatakan bahawa China akan berusaha keras untuk membangunkan China sebagai negara yang kuat dalam bidang Internet.

Untuk merealisasikan matlamat itu, tindakan-tindakan seperti berikut akan diambil, ini termasuklah menggalakkan inovasi teknologi maklumat Internet, meningkatkan daya penggerak ekonomi digital terhadap pembangunan ekonomi nasional, meningkatkan tahap kawalan Internet, memperhebat kemampuan pemeliharaan keselamatan siber, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat Internet untuk tadbir urus sosial, meningkatkan hak bersuara China di arena antarabangsa mengenai ruang siber dan hak penggubalan peraturan berkenaan.

Xi Jinping menegaskan bahawa teknologi maklumat Internet sekarang merupakan antara saingan utama dalam inovasi teknologi dunia. China perlu mengikut hala tuju ini, berusaha mengembangkan teknologi teras, meningkatkan jaminan keselamatan terhadap infrastruktur maklumat utama dan menyempurnakan sistem pengurusan Internet.

Xi Jinping menegaskan bahawa industri teknologi maklumat Internet semakin berkembang dalam aktiviti ekonomi dunia. China perlu menambah peruntukan untuk meningkatkan pembinaan infrastruktur maklumat, menggalakkan integrasi Internet dengan ekonomi sebenar, mengembangkan dan menguatkan ekonomi digital, dan memperluas ruang baharu bagi pembangunan ekonomi.

Xi Jinping menyatakan bahawa seiring dengan fungsi pengerahan Internet yang semakin kuat, jenayah siber perlu dicegah dengan ketat demi memelihara kepentingan rakyat dan memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat terjamin.

Xi Jinping menyatakan bahawa kita perlu menyedari peranan Internet dalam pentadbiran negara dan tadbir urus masyarakat, membina pusat data besar negara, menggalakkan integrasi teknologi, urusan dan data, untuk mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan yang merangkumi pelbagai pertingkat, tempat, sistem, jabatan dan urusan.

Akhirnya, Xi Jinping menegaskan bahawa China perlu memelihara hak kedaulatan ruang siber sendiri dan membentang anjuran negara ini dengan suara lantang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China