Cari:
Persiapan untuk Jayakan Pertemuan BRICS
2016-10-16 15:00:20 CRI Cetak

Para menteri ekonomi dan perdagangan dari negara anggota BRICS (iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) sebulat suara bersetuju untuk menggerakkan pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou, meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam kerangka pelbagai hala, mendukung mekanisme perdagangan pelbagai hala, menolak perlindungan perdagangan dan memelihara suasana perdagangan yang baik di dunia.

gambar fail: Zhang Shaogang

Demikian dinyatakan Ketua Bahagian Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Shaogang selepas hadir dalam satu mesyuarat yang melibatkan lima menteri ekonomi dan perdagangan BRICS, sebagai persiapan bagi pertemuan ke-8 pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS di Goa, India.

Zhang berkata, demi menyempurnakan mekanisme kerjasama BRICS, para menteri berkenaan bersetuju untuk membentuk mekanime berkaitan perlindungan hak harta intelek dan perancakan kegiatan perdagangan.

Beliau menyifatkan kesemua persetujuan tersebut sebagai memperlihatkan aspirasi negara anggota BRICS untuk menjayakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta menyuburkan semangat perpaduan dalam menghadapi cabaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China