Cari:
China Keluarkan Kertas Putih "Tindakan Membasmi Kemiskinan dan Kemajuan Hak Asasi Manusia"
2016-10-17 14:32:41 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih "Tindakan Membasmi Kemiskinan dan Kemajuan Hak Asasi Manusia di China" pagi tadi.

Kertas putih tersebut terdiri daripada enam bahagian, iaitu usaha membasmi kemiskinan telah mendorong kemajuan hak asasi manusia di China; menjamin hak hidup golongan miskin; melindungi hak dan kepentingan golongan tertentu; membaiki persekitaran pembangunan kawasan mundur; mempergiat usaha membasmi kemiskinan; dan usaha membasmi kemiskinan memasuki fasa kritikal.

Menurut kertas putih tersebut, tindakan membasmi kemiskinan merupakan simbol penting dalam kemajuan hak asasi manusia di negara ini.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan lebih 30 tahun lalu, lebih 700 juta orang telah keluar daripada belengu kemiskinan, manakala jumlah penduduk miskin di kawasan luar bandar pula menurun kepada 55.75 juta orang pada tahun 2015.

Selain itu, pembinaan infrastruktur dan tahap asas perkhidmatan awam kian meningkat.

Inovasi mekanisme kemiskinan telah mencapai kemajuan yang penting dalam mendorong hak dan kepentingan asas golongan miskin dan menyediakan asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Kertas putih tersebut juga menyatakan, kadar sumbangan China dalam membasmi kemiskinan di dunia telah melebihi 70 peratus.

Oleh itu, China menjadi negara yang jumlah penduduknya paling banyak terlepas daripada belengu kemiskinan di dunia, dan negara pertama yang berjaya merealisasikan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi sumbangan besar dalam usaha membasmi kemiskinan serta mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China