Menurut laporan agensi penyelidikan pasaran, Kumpulan GFK di Nuremberg semalam, pasaran telefon pintar China terus meningkat pada suku ketiga tahun ini, sekali gus menjadi daya penggerak penting dalam pertumbuhan pasaran telefon pintar global.
Laporan itu menyebut, jumlah jualan telefon pintar global mencatat USD104 bilion pada suku tahun ketiga, dengan pasaran China menyumbang kira-kira USD31.7 bilion daripada jumlah tersebut.
Laporan tersebut turut menjangkakan, jualan telefon pintar global akan mencecah USD421.8 bilion pada tahun ini, naik 6 peratus berbanding dengan tahun lalu.
Pegawai Bahagian Penyelidikan Telekomunikasi Global GFK, Arndt Polifke berkata, data tersebut jelas menunjukkan, selain pasaran Amerika Utara, permintaan terhadap telefon pintar terus meningkat.
Pasaran China masih merupakan penggerak utama dalam pertumbuhan jualan global.