Cari:
Li Keqiang Bakal Lawat Tiga Negara Eurasia
2016-10-31 16:35:29 CRI Cetak

Pada 2 hingga 9 November, Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan menghadiri Sidang Peringkat Perdana Menteri Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-15, di samping melawat ke Latvia dan menghadiri pertemuan pemimpin China-Negara Eropah Tengah dan Eropah Timur ke-5. Selain itu, PM Li juga akan mengunjungi Rusia dan menghadiri pertemuan perdana menteri China-Rusia ke-21.

Dalam sidang media yang diadakan Kementerian Luar China di Beijing hari ini, penolong Menteri Luar, Li Huilai menjelaskan bahawa lawatan selama lapan hari itu akan mendorong perkembangan SCO dan mekanisme pertemuan pemimpin China-Negara Eropah Tengah dan Eropah Timur serta menggalakkan pembangunan bersama melalui inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa.

Dimaklumkan, lawatan itu juga akan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan kerjasama keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China