Cari:
Li Keqiang Lawat Tiga Negara Eurasia dan Hadiri Siri Sidang Antarabangsa
2016-11-02 15:18:38 CRI Cetak

Pada 2 hingga 9 November, Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan menghadiri Sidang Peringkat Perdana Menteri ke-15 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), mengadakan lawatan ke Kazakhstan dan mengadakan pertemuan perdana menteri China-Kazakhstan ke-3, di samping melawat ke Latvia dan menghadiri pertemuan pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur ke-5. Selain itu, PM Li juga akan mengunjungi Rusia dan menghadiri pertemuan perdana menteri China-Rusia ke-21.

Dalam sidang media Kementerian Luar semalam, penolong Menteri Luar China, Li Huilai dan Liu Haixing telah memberikan maklumat lanjut mengenai lawatan tersebut.

Menurut Liu Huilai, dalam Sidang Peringkat Perdana Menteri ke-15 yang akan diadakan di Bishkek, China akan mengemukakan saranan dan inisiatif baharu untuk mengintensifkan kerjasama dan menggalakkan perkembangan SCO dengan sihat dan stabil.

Ketika memaklumkan mengenai pertemuan pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur ke-5, Liu Haixing menyatakan bahawa pertemuan itu bertemakan "Kesalinghubungan, inovasi, penggabungan dan kerjasama". Perdana Menteri Li Keqiang akan bertukar-tukar pendapat dengan para pemimpin dari 16 buah negara Eropah mengenai pelbagai usaha sama dan isu global serta menetapkan aspek-aspek utama dalam strategik pembangunan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China