Cari:
China Harap Hubungan dengan AS Terus Utuh
2016-11-10 13:53:09 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Donald Trump yang memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), semalam.

Xi berkata, selaku dua kuasa utama dunia, China dan AS mempunyai tanggungjawab untuk memelihara keamanan dan kestabilan dunia serta menggerakkan pembangunan sejagat.

Hubungan kedua-dua negara yang sihat dan utuh bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat, malah menjadi aspirasi masyarakat antarabangsa.

Xi berharap agar kerjasama China-AS dalam pelbagai bidang yang berasaskan prinsip saling menguntungkan, saling menghormati dan tidak berkonfrontasi dapat diperluas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China