Cari:
Indonesia Optimis terhadap Ekonomi Tahun ini
2016-11-11 14:13:47 CRI Cetak

Menurut data terkini yang diumumkan Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia pada suku ketiga tahun ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.02%, menurun 0.17% berbanding suku tahun kedua.

Ketua BPS, Suharyanto menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi menurun disebabkan penurunan perbelanjaan kerajaan dan kemerosotan eksport. "Pengurangan bajet mengakibatkan perbelanjaan kerajaan jatuh 2.97%, manakala eskport dan import pula masing-masing menurun sebanyak 6% dan 3.87%."

Ahli ekonomi kanan dari Bank Mandiri, bank milik kerajaan terbesar Indonesia, Andri berpendapat bahawa beberapa indeks utama yang berkaitan dengan dasar mata wang termasuk kadar inflasi dan bekalan mata wang juga dapat memperlihatkan pertumbuhan ekonomi Indonesia menjadi perlahan. "Data pelaburan dan penggunaan penduduk menunjukkan bahawa permintaan dalam negeri masih kurang memuaskan", kata beliau.

Walaupun begitu, kerajaan Indonesia masih bersikap optimis agar pertumbuhan ekonomi dapat pulih menjelang penghujung tahun ini.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) ketika menghadiri upacara perasmian "Minggu Pembinaan Infrastruktur Indonesia 2016" telah menyatakan bahawa sejajar dengan peningkatan keefisienan pelaksanakaan bajet, terutamanya dalam pembinaan infrastruktur dan pemilihan tempatan, ekonomi Indonesia pada suku tahun keempat dijangka akan pulih. "Matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2% pada tahun ini, mampu dicapai", kata beliau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China