Cari:
Jepun Digesa Teliti Sejarah
2016-11-11 14:56:49 CRI Cetak

China menggesa Jepun menunjukkan sikap bertanggungjawab ketika menangani isu hamba seks semasa Perang Dunia Kedua, isu lama yang masih melukakan hati banyak wanita beberapa negara Asia.

Kenyataan tersebut dibuat jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan terdapat media Jepun yang melaporkan, bekas hamba seks dari Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Timor Leste, dan lain-lain telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menuntut Tokyo memohon maaf secara rasmi kepada mereka dan memberikan ganti rugi yang setimpal kepada yang masih hidup.

Lu Kang menegaskan bahawa pendirian Beijing dalam isu sejarah itu adalah konsisten, iaitu Tokyo mesti meneliti semula sejarah sebelum bersungguh-sungguh mengambil tindakan untuk membaiki hubungan dengan negara-negara jiran dan mendapatkan semula kepercayaan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China