Cari:
Lawatan Xi akan Buka Fasa Baharu Hubungan China-Amerika Latin
2016-11-16 10:50:09 CRI Cetak

Akhbar Renminribao hari ini telah menerbitkan rencana yang bertajuk "Menyambut Era Baharu Sejarah Nasib Bersama China-Amerika Latin". Menurut rencana tersebut, Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Peru dan Chile pada 17 hingga 23 November ini yang merupakan aktiviti diplomatik penting China di Amerika Latin.

Rencana tersebut menyebut bahawa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Presiden Xi dan pemimpin negara-negara Amerika Latin berusaha bersama-sama untuk melakar cetak biru pembangunan jangka masa panjang hubungan China-Amerika Latin yang telah menyediakan panduan terhadap kerjasama komprehensif kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak telah menubuhkan forum China-Amerika Latin, menjalinkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh yang sama rata, saling menguntung dan membangun bersama-sama, mewujudkan kesalingpercayaan poltik yang ikhlas, menjalankan kerjasama menang-menang dalam bidang ekonomi dan perdagangan, saling membelajari dalam bidang sosiobudaya, merapatkan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa sehingga mewujudkan pola baharu yang merangkumi lima aspek utama tersebut dalam hubungan China-Amerika Latin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China