Presiden China, Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak CEO Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2016 dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Intensifkan hubungan rakan, tingkatkan momentum pembangunan" di Lima, ibu negara Peru pagi semalam.
Beliau melontarkan empat cadangan untuk negara-negara di rantau Asia Pasifik menyuntik kedinamikan baharu untuk pemulihan ekonomi dunia dan membuka laluan baharu bagi pertumbuhan ekonomi dunia.
Pertama, menggalakkan integrasi ekonomi dan membina ekonomi yang terbuka. Kedua, meningkatkan kesalinghubungan dan mewujudkan pembangunan bersama. Ketiga, menggalakkan inovasi dan pembaharuan serta mengukuhkan penjana dalaman. Keempat, mewujudkan situasi menang-menang dan mengintensifkan hubungan rakan kongsi.