Cari:
RCEP Penting bagi Realisasikan APFTA
2016-11-22 12:40:13 CRI Cetak

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang merupakan antara perjanjian perdagangan bebas paling penting di Asia Pasifik, adalah saluran penting bagi merealisasikan Zon Perdagangan Bebas Asia Pasifik (APFTA).

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Luar China, Tan Jian pada Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 di Lima, Peru.

Menurut beliau, pemeteraian perjanjian RCEP amat bermanfaat bagi mendorong perdagangan dan pelaburan negara serantau, selain menggalakkan proses integrasi ekonomi di rantau Asia Pasifik.

Hal ini selaras dengan kepentingan dan hasrat bersama semua pihak.

Menurut beliau, China akan mengekalkan kerjasama dengan semua anggota APEC bagi menjayakan rundingan berkaitan RCEP dengan secepat mungkin demi menyumbang kepada proses integrasi ekonomi serantau.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China