Cari:
Xi Ditemui Presiden Kongres Peru
2016-11-22 14:32:53 CRI Cetak
China bersedia untuk bersama-sama dengan Peru merealisasikan konsensus penting yang telah dicapai, di samping mendorong hubungan dua hala melonjak ke tahap baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Peru, Luz Salgado di Lima semalam.
Tegas beliau, China berkeyakinan penuh terhadap prospek hubungan kedua-dua negara.
Selain itu, interaksi antara badan perundangan merupakan komponen penting dalam hubungan antarabangsa.
Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) bersedia untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Kongres Peru demi keutuhan hubungan China-Peru.
Badan perundangan kedua-dua negara harus membaiki mekanisme interaksi sedia ada, meningkatkan pertukaran lawatan di pelbagai peringkat dan mewujudkan komunikasi dan koordinasi yang erat dalam pertubuhan Parlimen antarabangsa bagi mendorong perkembangan hubungan China-Peru yang sihat dan stabil.
Salgado, yang mengalu-alukan kedatangan Presiden Xi pula berkata, Kongres Peru amat mementingkan hubungan dengan China dan berharap dapat menjalinkan sinergi dengan badan perundangan China, meningkatkan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, pemindahan teknologi dan kepakaran serta pembangunan belia, sekali gus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara Peru dengan China.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China